Monday 16 March 2015

MENGAPA DAN KENAPA ANDA HARUS MEMILIH VITALEA SHAKLEE

MENGAPA DAN KENAPA ANDA HARUS MEMILIH VITALEA SHAKLEE

Ok jom kita kupas....

#Vitalea_Shaklee

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Ini kerana ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki produk utama SHAKLEE ini....

Berminat nak oder blh pm/whatsapp terus ye...

Ummi FaQihah Fattah
011-317 83446
Your Best SiD Shaklee

#Vitalea_Multivitamin_Dan_Mineral
#JomOder_jimat_Berbaloi

Wednesday 9 July 2014

Cara mudah nak banyakkan susu ibu

Assalamualaikum..

Setiap kali saya cari tips untuk tambah susu panduan & kaedah yang di gunakan lebih kurang sama je iaitu..pam..pam..pam..dan terus pam...Memang betul konsep pam tu..tapi kali ni saya nak share info yang saya dapat dari blog ni.. SUSU TERBAIK


  1. Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Menurut Pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah
  2.  Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
  3. Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.
  4. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, Alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.
  5. Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.
Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.


"Sharing is Caring"

Tanda-Tanda Bayi Tak Cukup Susu

Assalamualaikum..

Bagi ibu-ibu di luar tu mesti penah alami masalah bayi anda meragam di sebabkan tak puas menyusu kan?? Biasa la bayi kecil ni kalau masih tak puas menyusu automatik mereka akan menangis,meragam je kan..ok jom kita tengok di antara tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya... Diharapkan serba sedikit info yang bakal di kongsi ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda...InshaAllah ^^

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:






  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan. 
  • Bayi anda meragam atau sering letih. 
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.) 
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam. 
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran. 
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama. 
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu. 
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama. 
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar. 
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang. 
Info dari : Babycenter 
Oleh itu ibu-ibu yang menyusukan anak pastikan anda tahu sama ada anak anda mendapat susu yang secukupnya atau tidak..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Order dan Pertanyaan
~ Norafiza Ruslan
~ ID 916316
~ whatsapp/ sms 017-7840877

"Sharing is Caring"

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplement SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing.

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging Vivix
Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,
Vitamin C
Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake
Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
Immune Booster NutriFeron
Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix
Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Pantang Larang Semasa Tempoh Penyusuan

Assalamualaikum..


Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentulah menginginkan bekalan susu sentiasa cukup untuk anak mereka. Bagi memastikan susu sentiasa cukup ibu boleh kenal pasti beberapa perkara ini untuk membantu.

  1. Tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak : TOLONGLAH JANGAN!!! ingat konsep penyusuan "SUPPLY VS DEMAND" Seboleh-bolehnya ibu mesti ada jadual mengosongkan breast secara konsisten sekurang-kurangnya 2 hingga 3jam sekali. Tidak kiralah sama ada mengepam atau secara direct (bagi pada baby).
  2. Pengambilan minumam bergas dan berais : minuman ini tinggi kandungan gula dan kalori, jangka masa panjang boleh memudaratkan tubuh badan dan kesihatan ibu. Apabila ibu sakit, mampukah untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti ? dan minuman berais pula boleh menyebabkan urat kecut ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu juga.
  3. Pengambilan minuman berkafein : kafein mampu memusnahkan vitamin b dan vitamin c dalam badan ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka memerlukan kedua-dua vitamin ini bagi memastikan emosi dan mood sentiasa dalam keaadaan positif. Percaya atau tidak emosi yang stabil juga adalah faktor yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu.
  4. Pengambilan supplemen khas untuk diet : bagi ibu-ibu yang menyusukan anak yang ingin menurunkan berat badan biarlah secara sihat..jangan mengambil supplemen yang menyekat selera makan dan mempunyai pantang larang memakan makanan-makanan tertentu..jika ibu-ibu diet dan kurang makan dalam masa yang sama menyusukan anak, mana datangnya khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan ke dalama susu ibu ? (jika ingin berdiet pilihlah diet secara sihat dan supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu)
  5. Banyak merungut : penyusuan susu ibu memerlukan pengorbanan..bersyukurlah kerana ibu mampu untuk menyusukan anak dengan susu ibu..jangan merungut dan mengeluh susu sikit, susu kurang, susu tak pekat dan macam-macam lagi..BERSYUKUR disini membawa maksud kita REDHA dengan apa yang ALLAH bagi..dalam masa yang sama kita cuba memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan.
Mudah-mudahan info ini membantu ibu-ibu di luar sana.. In Shaa Allah..
Happy Breastfeeding !!!
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Order dan Pertanyaan
~ Norafiza Ruslan
~ ID 916316
~ whatsapp / sms 017-7840877







Vitamin yang PENTING dan TIDAK boleh diambil oleh ibu mengandung

Assalamualaikum...

Di sini ingin di kongsi serba sedikit Info penting buat ibu-ibu mengandung di luar sana..jangan abaikan pengambilan vitamin semasa mengandung ye..mungkin ibu-ibu biasa dengar makan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan anak keluar besar..adakah benar atau mitos sahaja..bagi saya ianya hanya mitos kerana saya belum pernah terbaca lagi apa-apa kajian yang mengatakan vitamin boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar..

Ok..mari kita baca info penting ni ya..


* kredit to Kak N..^_^

Seperti yang sedia maklum memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

VITAMIN YANG PERLU
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

 Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 017-7840877 (call / sms/whatsapp) atau email dikani87@gmail.com