Wednesday 9 July 2014

Tanda-Tanda Bayi Tak Cukup Susu

Assalamualaikum..

Bagi ibu-ibu di luar tu mesti penah alami masalah bayi anda meragam di sebabkan tak puas menyusu kan?? Biasa la bayi kecil ni kalau masih tak puas menyusu automatik mereka akan menangis,meragam je kan..ok jom kita tengok di antara tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya... Diharapkan serba sedikit info yang bakal di kongsi ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda...InshaAllah ^^

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:






  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan. 
  • Bayi anda meragam atau sering letih. 
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.) 
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam. 
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran. 
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama. 
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu. 
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama. 
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar. 
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang. 
Info dari : Babycenter 
Oleh itu ibu-ibu yang menyusukan anak pastikan anda tahu sama ada anak anda mendapat susu yang secukupnya atau tidak..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Order dan Pertanyaan
~ Norafiza Ruslan
~ ID 916316
~ whatsapp/ sms 017-7840877

"Sharing is Caring"

No comments:

Post a Comment