Pantang Larang Semasa Tempoh Penyusuan
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentulah menginginkan bekalan susu sentiasa cukup untuk anak mereka. Bagi memastikan susu sentiasa cukup ibu boleh kenal pasti beberapa perkara ini untuk membantu.
- Tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak : TOLONGLAH JANGAN!!! ingat konsep penyusuan "SUPPLY VS DEMAND" Seboleh-bolehnya ibu mesti ada jadual mengosongkan breast secara konsisten sekurang-kurangnya 2 hingga 3jam sekali. Tidak kiralah sama ada mengepam atau secara direct (bagi pada baby).
- Pengambilan minumam bergas dan berais : minuman ini tinggi kandungan gula dan kalori, jangka masa panjang boleh memudaratkan tubuh badan dan kesihatan ibu. Apabila ibu sakit, mampukah untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti ? dan minuman berais pula boleh menyebabkan urat kecut ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu juga.
- Pengambilan minuman berkafein : kafein mampu memusnahkan vitamin b dan vitamin c dalam badan ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka memerlukan kedua-dua vitamin ini bagi memastikan emosi dan mood sentiasa dalam keaadaan positif. Percaya atau tidak emosi yang stabil juga adalah faktor yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu.
- Pengambilan supplemen khas untuk diet : bagi ibu-ibu yang menyusukan anak yang ingin menurunkan berat badan biarlah secara sihat..jangan mengambil supplemen yang menyekat selera makan dan mempunyai pantang larang memakan makanan-makanan tertentu..jika ibu-ibu diet dan kurang makan dalam masa yang sama menyusukan anak, mana datangnya khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan ke dalama susu ibu ? (jika ingin berdiet pilihlah diet secara sihat dan supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu)
- Banyak merungut : penyusuan susu ibu memerlukan pengorbanan..bersyukurlah kerana ibu mampu untuk menyusukan anak dengan susu ibu..jangan merungut dan mengeluh susu sikit, susu kurang, susu tak pekat dan macam-macam lagi..BERSYUKUR disini membawa maksud kita REDHA dengan apa yang ALLAH bagi..dalam masa yang sama kita cuba memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan.
Mudah-mudahan info ini membantu ibu-ibu di luar sana.. In Shaa Allah..
Happy Breastfeeding !!!
* These statements have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
~ Norafiza Ruslan
~ ID 916316
~ whatsapp / sms 017-7840877
No comments:
Post a Comment